Wednesday, January 18, 2012

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat

Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:
  • Menjauhkan diri daripada merokok.
  • Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
  • Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
  • Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik.
  • Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
  • Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik.
  • Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
  • Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran.
  • Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:
  • Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
  • Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
  • Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.


1 comment:

  1. Salam...
    Terima kasih cikgu kerana berkongsi nota seumpama ini. memudahkan p&P dgn pelajar aras rendah yg sememangnya menghadapi masalah dgn penggunaan bahasa inggeris. saya mohon kebenaran utk menyalin dan menggunakan nota cikgu utk tujuan P&P dlm kelas..
    terima kasih...usaha anda amat saya hargai...sharing is learning..:)

    ReplyDelete