Friday, January 6, 2012

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.


1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
  • Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
  • Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
  • Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
  • Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

2 comments: