Thursday, December 8, 2011

Deria Rasa

Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia.
  • Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
  • Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
  • Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
  • Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
  • Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
  • Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,  manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
  • Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
  • Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
  • Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
  • Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
  • Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
  • Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
  • Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

2 comments:

  1. Salam cikgu naza, terlalu banyak persoalan saya untuk bab ini. saya harap cikgu boleh menjawabnya.
    1. macamana dengan rasa yang kelima iaitu umami?
    2. apa yg saya faham, setiap reseptor yg kt dalam tunas rasa yang sensitif pada rasa bukannya tunas rasa.jadi, tunas rasa tidak sensitif pada satu jenis rasa sahaja sbb pelbagai reseptor dalam tunas tu dapat detect rasa masing-masing.
    3. ttg 4 kawasan pada lidah. drpd website http://www.livescience.com/7113-tongue-map-tasteless-myth-debunked.html, "The notion that the tongue is mapped into four areas—sweet, sour, salty and bitter—is wrong. There are five basic tastes identified so far, and the entire tongue can sense all of these tastes more or less equally." pertanyaan saya, masihkah cikgu2 mengajar tastemap kat sekolah?

    maaf jika pertanyaan saya ni menyusahkan.
    saya cuma inginkn penjelasan daripada seorang guru.
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Aku,saya tahu jawapan soalan satu sahaja:
      1. Umami ialah satu perasaan yang dihasilkan oleh daging,ikan,sayur-sayuran(seperti mushroom and tomato :D)dan juga cheese and green tea.Ia sudah dijumpa pada tahun 1908 oleh seorang professor Jepun.Kesimpulannya,Umami merupakan sejenis rasa yang wujud dalam lidah dan maksud ia ialah [Perasaan yang mengembirakan hati,sedap dan segar] XD Ah,ia juga gabungan GMP dan IMP.<-(Cari makusd sendiri,ok?) OuO

      Delete