Sunday, November 13, 2011

Makmal Sains

Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?


Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
  1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.


  2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal


  1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
  3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
  4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
  5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
  7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
  8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
  9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
  10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
  11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
  12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
  13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
  14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

2 comments:

  1. Blog yang amat berguna bagi saya. Nota yang ada telah diringkaskan dan senang bagi saya untuk mengulang kaji pelajaran bagi persiapan peperiksaan akhir tahun.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. blog ini sangat membatu saya.

    ReplyDelete