Sunday, November 20, 2011

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.


Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;

Pengukuran
Unit
Panjang
Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Luas
Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Isipadu
Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / berat
Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul


Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;

Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu

Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu

Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul

Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi


Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai

Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm
1 kaki3 = 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m
1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km
1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m
1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m2
1 kati = 0.6 kg

Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki
1 m3 = 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu
1 liter = 0.22 gelen
1 m2 = 10.8 kaki2
1 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar
1 g = 0.026 tahil
1 ml = 0.00006 inci3
1 kg = 1.65 kati



Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:
  1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
  2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
  3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
  4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.
  5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
  1. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
  2. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.
  3. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

Untuk rujukan lanjut mengenai 'International System (SI)' dan unit piawai, sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/International_System_of_Units

60 comments:

  1. Replies
    1. hai TQ .THIS IS HELP FOR MEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. apa kebaikan dan keburukan unit piawai ni?

    ReplyDelete
  4. gooooooooooooooddd ^^
    maseh.. bole gune untuk presentation untuk PBS... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup , boley gune untuk PBS band 6 , haha , thanks

      Delete
    2. Terima Kasih!!!! Boleh lah gune untuk buat slide pbs band 6 YESS!!!!! THank You CikguNaza

      Delete
    3. macam sama je dgan sya Ammar Syakib

      Delete
  5. Boleh tk senaraikan masalah yang akan timbul kalau tk guna unit piawai?

    ReplyDelete
  6. thankz~byk membantu utk syarahan PBS sains..but,klau bole tmbh la byk lgi k? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cis dia pon ambik isi kan sni jugak

      Delete
    2. salam,syazwanie macam mana awak buat syarahan tuu boleh x hantar file microsoft pasal masalah akan timbul jika unit piawai tidak gunakan ke email saya!!

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tolong senaraikan kesan/masalah tidak menggunakan unit piawai.

    ReplyDelete
  9. Cikgu, saya tak paham ayat nih : Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
    Sebab ayat tu mula2 kata JIKA UNIT PIAWAI TIDAK DIGUNAKAN.. Ayat kedua pulak JIKA UNIT YANG DIGUNAKAN BERBEZA. =..=

    ReplyDelete
  10. contohnya mcm ni... kita nak beli 1kg ikan... harga 1kg ikan ialah RM1.00 .... jadi penjual ikan tu akan jualkan kepada kita ikan seberat 1kg pada harga RM1.

    penjual ikan tu tak boleh timbang ikan seberat 1 kati untuk dijualkan pada kita pada harga RM1.00 kerana unit piawai yang digunakan adalah kilogram (kg) dan bukannya kati... 1 kati beratnya adalah kurang daripada 1kg.

    lebih kurang mcm yg tulis kat kedai la... urusniaga hanya dalam ringgit malaysia... so kita tak boleh beli pakai dollar amerika kerana nilainya tak sama ... USD1 = RM3.xx ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu naza,nk tnye.ape mksd jirim?

      Delete
    2. alahai... manjanya... :) rujuk sini http://www.sains123.cikgunaza.com/2011/12/jirim.html

      Delete
  11. thanks ... boleyh lah cari kat sini utk PBS... ;)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. thanks banyak banyak :D nak buat untuk pbs. kalau boleh . bagi la contoh yang lain :3

    ReplyDelete
  15. eleheleh iman pun buat kak sini eh XD dunia kecik sangat sih! XD

    ReplyDelete
  16. thanks very much.boleh lah guna untuk buat projek sains PBS band 5.

    ReplyDelete
  17. ada contoh-contoh lain tak? tolong?

    ReplyDelete
  18. Tolong senaraikan kesan/masalah tidak menggunakan unit piawai

    ReplyDelete
  19. yesssssssssssss
    bleh buat perbentangan nanti
    doakan kumpulan kami berjaya
    dan dpt band 6

    ReplyDelete
  20. tak faham laa... ayat dia complicated nak faham.. terbelit-belit.. x boleh straight to the point ke... seriously x faham... terangkan yekk terutama sekali bahagian kebaikan & keburukan menggunakan unit piawai.. thanks..

    ReplyDelete
  21. cikgu , tolong nyatakan masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan .

    ReplyDelete
  22. cikgu boleh trangkan dgn lbih detail tk sbb ayat dlm post tu complicated sikit.so tak brapa nk phm..hrp ckgu blh bls lbh cpt ..sbb sy sngt trdsak mase skrng ni

    ReplyDelete
  23. thx sngatt !!! sbbkn jawapan ni laa sy dpt jwab band 6

    ReplyDelete
  24. kebaikan dan keburokan yang mne erk

    ReplyDelete
  25. Thanks a lot cikgu.
    Good Luck in your Future.
    :)

    ReplyDelete
  26. mekaseh bebanyak, ckgu.. disbbkn mklumt ini, assignment sy da siap.. smoge b'jaye di dunia dan akhirat...
    aamin.. ^_^

    ReplyDelete
  27. mekaseh cikgu,sy hrp sy dpt lulus band 6,bleh x cekgu bgi information tntng kebaikan dan keburukan apaila menggunakan unit ukuran yang tidak same...please...please...please...

    ReplyDelete
  28. Cikgu , keburukan unit piawai ada tak ?? saya nak tau tentang keburukan unit piawai . kalau boleh dengan contoh sekali ..

    ReplyDelete
  29. This is exactly same like PBS. I am going to use this in my PBS. If you don't mind, can you give more and more PBS answers.

    ReplyDelete
  30. thanx for information,cikgu....byebye

    ReplyDelete
  31. sori..curi info utk presentation sains PBS band 6..:DD..serious tadi x tau ape nk buat,hilang akal dah sbb nk kene buat presentation tu hari ni..Pastu copy je lah ape yg ade,buat keje last minute lah katokan xD

    ReplyDelete
  32. apakah kebaikan menggunakan unit perukuran yg tidak sama?

    ReplyDelete
  33. apakah kebaikan dan keburukan unit piawai yang tidak sama.....???dan apakah masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak digunakan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'aah .... kebaikan dan keburukan unit piawai yang tidak sama and masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak digunakan nak buat buku skrap nih .

      Delete
  34. Keburukan takde ? #kene jadi pembangkang time PBS perbahasan nanti :3

    ReplyDelete
  35. KEBAIKAN MENGGUNAKAN UNIT PENGUKURAN YANG TIDAK SAMA takde?

    ReplyDelete
  36. Terima kasih sangat2,amat membantu.👍

    ReplyDelete
  37. terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  38. terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete