Atmosfera Matahari (The Sun's atmosphere) terdiri daripada tiga bahagian:
- Korona (corona).
- Kromosfera (chromosphere).
- Fotosfera (photosphere).
Teras Matahari (The Sun’s core) membentuk pusat Matahari.
Struktur Matahari.
Ciri-ciri yang terdapat pada Atmosfera Matahari adalah seperti berikut:
Korona
- Lapisan gas yang paling luar pada atmosfera Matahari.
- Korona membentuk lingkaran cahaya putih kebiruan mengelilingi Matahari.
- Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari.
- Suhunya adalah kira-kira 1.5 juta °C.
Kromosfera
- Lapisan gas yang berwarna merah cerah di bawah korona.
- Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari seperti korona.
- Suhunya adalah berbeza-beza antara 10 000 hingga 500 000 °C.
Fotosfera
- Lapisan gas tumpat yang kelihatan bercahaya kuning dari Bumi.
- Permukaan fotosfera kelihatan bergelora kerana gas dari teras Matahari terbebas ke permukaannya.
- Suhunya adalah kira-kira 6 000 °C.
- Lapisan ini bertanggung-jawab untuk menyinarkan haba dan cahaya daripada Matahari.
Ciri-ciri yang terdapat pada Teras Matahari adalah seperti berikut:
- Terdiri daripada gas hidrogen (74%) dan helium (25%).
- Suhu teras adalah sangat tinggi, iaitu kira-kira 15 juta °C.
- Tindak balas nuklear (nuclear reaction) berlaku di dalam teras sepanjang masa untuk menjana dan membebaskan tenaga haba dan cahaya. Semasa tindak balas ini, atom-atom hidrogen berpadu (pelakuan nukleus / nuclear fusion) untuk membentuk atom-atom helium.