Wednesday, January 25, 2012

Deria Penglihatan

Struktur dan fungsi mata manusia.

Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.


Struktur mata manusia.

Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.


Pandangan hadapan mata.


Fungsi setiap bahagian mata.

Bahagian
Struktur/Ciri-ciri
Fungsi
Sklera (sclera)
Lapisan putih yang kuat.
  • Memegang bentuk mata.

  • Melindungi mata.
Kornea (cornea)
Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.
  • Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.

  • Memfokus cahaya pada retina.
Koroid (choroid)
Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah
  • Membekal oksigen dan makanan kepada mata.

  • Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva)
Lapisan epitelium pada depan mata.
Melindungi kornea.
Iris
Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.
  • Menentukan warna mata.

  • Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata.
Anak mata (pupil)
Bukaan kecil pada depan mata.
Membenarkan cahaya memasuki mata.
Kanta mata (lens)
Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.
Membias dan menfokus cahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle)
Otot yang membentang dari koroid.
Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.
Ligamen gantung (supportive ligament)
Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.
Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.
Gelemaca (vitreous humour)
Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.
  • Mengekalkan bentuk mata.

  • Menyerakkan dan memfokus imej pada retina.

  • Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.
Gelemair (aqueous humour)
Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.
Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.
Retina







(a)   Bintik kuning
(yellow spot)







(b)   Bintik buta
(blind spot)
Lapisan sel yang peka kepada cahaya.






Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.





Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.
  • Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.


  • Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang dilihat difokus disini.


  • Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
Saraf optik (optic nerve)
Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.
Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.


Wednesday, January 18, 2012

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat

Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:
  • Menjauhkan diri daripada merokok.
  • Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
  • Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
  • Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik.
  • Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
  • Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik.
  • Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
  • Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran.
  • Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:
  • Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
  • Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
  • Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.


Tuesday, January 10, 2012

Susunan Zarah Dalam Gas

Udara adalah jirim (matter) dalam bentuk gas.

Zarah gas adalah berjauhan dan tidak bersusun dalam corak tetap. Ini adalah kerana daya tarikan diantara zarahnya adalah sangat lemah.

Zarah gas tidak disusun dalam corak yang tetap. Oleh itu,
terdapat ruang yang besar di antara zarah.

Gas tidak mempunyai bentuk yang jelas (definite shape) atau isipadu (volume). Ia mengambil bentuk bekas yang mengisinya.

Terdapat ruang yang besar antara zarah gas. Oleh itu, gas boleh dimampatkan (compressed) dibawah tekanan yang melampau (extreme pressure).

Isipadu gas bertambah (increase) apabila zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Isipadu gas berkurangan (decrease) apabila zarah dimampatkan.

Gas juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya mengalir.


Kajian susunan zarah gas.


Permulaan eksperimen
Prosedur:
Beberapa titik bromin (bromine) dititis ke dalam balang gas yang mempunyai penutup. Balang gas kosong diterbalikkan di atas balang gas diisi dengan yang bromin. Penutup kemudiannya dialihkan/dikeluarkan.

Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Gas bromin berwarna perang kemerahan (reddish-brown) merebak dengan cepat ke dalam balang gas yang berisi udara.

Kesimpulan:
Keupayaan gas bromin merebak ke dalam udara menunjukkan bahawa udara (gas) mempunyai ruang kosong di antara zarah-zarahnya. Kadar ia merebak yang cepat/pesat (rapid rate) menunjukkan bahawa zarah-zarahnya tersusun longgar (terdapat ruang yang besar di antara zarah-zarah gas).

Friday, January 6, 2012

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.


1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
  • Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
  • Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
  • Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
  • Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

Thursday, January 5, 2012

Susunan Zarah Dalam Cecair

Zarah cecair (particles of a liquid) tidak berada dalam corak yang teratur / tetap dan sederhana padat. Oleh itu, terdapat lebih banyak ruang di antara zarah.

Zarah cecair.

Air, jus limau, dan sirap beberapa contoh cecair.

Zarah cecair tersusun berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak dalam keadaan corak yang tetap dan teratur. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah.

Ruang antara zarah cecair adalah lebih besar tetapi, cecair tidak boleh dimampatkan kerana zarah-zarahnya masih teratur rapat dan berdekatan antara satu sama lain.

Bentuk cecair tidak tetap/pasti. Bentuk cecair bergantung kepada bentuk bekas dimana ia berada.

Cecair (liquid) yang juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya mengalir.


Kajian susunan zarah dalam cecair.


Permulaan eksperimen
Prosedur:
Sejumlah kecil kristal kalium permanganat dimasukkan ke dalam silinder penyukat (measuring cylinder) yang dipenuhi dengan air. Alat radas kemudiannya ditinggalkan dan dibiarkan selama beberapa jam.

Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Warna ungu Kalium permanganat perlahan-lahan merebak ke seluruh bahagian air dalam beberapa jam.

Kesimpulan:
Keupayaan kalium permanganat untuk merebak didalam air menunjukkan bahawa terdapat ruang antara zarah cecair (air). Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah disusun agak rapat (terdapat ruang kecil di antara zarah).