Monday, April 20, 2015

Struktur Matahari

Atmosfera Matahari (The Sun's atmosphere) terdiri daripada tiga bahagian:
  1. Korona (corona).
  2. Kromosfera (chromosphere).
  3. Fotosfera (photosphere).

Teras Matahari (The Sun’s core) membentuk pusat Matahari.

Struktur Matahari.

Ciri-ciri yang terdapat pada Atmosfera Matahari adalah seperti berikut:

Korona
  • Lapisan gas yang paling luar pada atmosfera Matahari.
  • Korona membentuk lingkaran cahaya putih kebiruan mengelilingi Matahari.
  • Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari.
  • Suhunya adalah kira-kira 1.5 juta °C.

Kromosfera
  • Lapisan gas yang berwarna merah cerah di bawah korona.
  • Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari seperti korona.
  • Suhunya adalah berbeza-beza antara 10 000 hingga 500 000 °C.

Fotosfera
  • Lapisan gas tumpat yang kelihatan bercahaya kuning dari Bumi.
  • Permukaan fotosfera kelihatan bergelora kerana gas dari teras Matahari terbebas ke permukaannya.
  • Suhunya adalah kira-kira 6 000 °C.
  • Lapisan ini bertanggung-jawab untuk menyinarkan haba dan cahaya daripada Matahari.

Ciri-ciri yang terdapat pada Teras Matahari adalah seperti berikut:
  • Terdiri daripada gas hidrogen (74%) dan helium (25%).
  • Suhu teras adalah sangat tinggi, iaitu kira-kira 15 juta °C.
  • Tindak balas nuklear (nuclear reaction) berlaku di dalam teras sepanjang masa untuk menjana dan membebaskan tenaga haba dan cahaya. Semasa tindak balas ini, atom-atom hidrogen berpadu (pelakuan nukleus / nuclear fusion) untuk membentuk atom-atom helium.


Friday, April 3, 2015

Penyukatan Daya

Daya (force) disukat dalam unit newton (N).

Daya boleh disukat dengan menggunakan neraca spring (spring balance).

1 N yang ditunjukkan pada neraca spring adalah lebih kurang sama dengan 100 g.

Berat 100 g = 1 N

Berat 1 kg = 10 N


Penyukatan magnitud daya dengan menggunakan neraca spring.