Tuesday, July 24, 2012

Lemak

Lemak (fats) adalah sebatian (compounds) yang mengandungi karbon (carbon), hidrogen (hydrogen) dan oksigen (oxygen), tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi daripada 2:1. Sebagai contoh, nisbah hidrogen kepada oksigen dalam tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah 18:1.

Sifat-sifat lemak:
  • Unit asas bagi lemak adalah asid lemak (fatty acid) dan gliserol (glycerol).
  • Satu molekul lemak adalah terbentuk daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak.
  • Lemak wujud dalam bentuk pepejal (solid). Pada suhu bilik (room temperature), lemak wujud dalam bentuk cecair (liquid) dan dikenali sebagai minyak (oils).
  • Lemak tidak larut (insoluble) dalam air tetapi boleh larut (dissolve) dalam alkohol (alcohol). Lemak juga boleh melarutkan vitamin A, D, E dan K.

Sumber-sumber lemak:
  • Lemak haiwan seperti mentega (butter), keju (cheese), kuning telur (egg yolk), minyak sapi (ghee) dan minyak ikan kod (cod fish oil). Lemak haiwan mengandungi paras kolestrol (cholestrol) yang tinggi.
  • Lemak tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran (margerine), minyak kelapa, minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, minyak bijirin dan minyak kacang soya.

Jadual berikut menunjukkan peratusan lemak/minyak yang terdapat didalam beberapa jenis makanan:

Sumber
Kandungan lemak/minyak (%)
Ayam
7
Telur
11
Daging
28
Keju
35
Mentega
82


Fungsi-fungsi lemak:
  • Sebagai sumber yang kaya dengan tenaga. Pengoksidaan (oxidation) satu gram (1g) lemak boleh menghasilkan 38kJ tenaga, iaitu dua kali ganda jumlah tenaga yang dihasilkan oleh satu gram (1g) karbohidrat (carbohydrates).
  • Sebagai penebat haba (heat insulator) kepada badan. Lemak berlebihan yang disimpan sebagai tisu adipos (adipose tissues) dibawah kulit, boleh mengekalkan suhu badan.
  • Sebagai pelarut vitamin A, D, E, dan K untuk membolehkan/memudahkan pengangkutan ke bahagian-bahagian tertentu badan.
  • Menyekat kehilangan air dari permukaan kulit melalui rembesan minyak (secretion of oil) oleh kelenjar sebum pada kulit (skin).

Ujian mengesan kehadiran lemak:
  • Ujian bagi mengesan kehadiran lemak dalam sampel makanan dikenali sebagai ujian emulsi alkohol (alcohol-emulsion test).
  • Beberapa titik etanol/ethanol (sejenis alkohol) ditambahkan kepada sejumlah kecil lemak dan campuran tersebut digoncang dengan bersungguh-sungguh untuk melarutkan lemak. Kemudian ditambahkan air sejuk dengan jumlah amaun yang sama. Emulsi putih keruh (cloudy white emulsion) menunjukkan kehadiran lemak atau minyak.


Monday, July 23, 2012

Pengembangan dan Pengecutan Jirim

Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan (expels) haba apabila disejukkan.

Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

Apabila dipanaskan:
  • Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan lebih cepat.
  • Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
  • Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
  • Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.


Thursday, July 12, 2012

Tenaga Solar

Tenaga solar (solar energy) adalah tenaga yang dihasilkan semasa proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) di dalam teras matahari (sun's core).

Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada matahari.

Kegunaan tenaga solar:
  • Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.
  • Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis (photosynthesis).
  • Untuk membolehkan air menyejat (evaporate) dan kemudiannya membentuk awan.
  • Untuk mengeringkan pakaian.


Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal (mechanical energy) dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.

Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan (energy of motion).

Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga kinetik (kinetic energy) dan tenaga keupayaan (potential energy).

Contoh-contoh tenaga mekanikal:
  • Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.
  • Ayunan bandul ringkas (simple pendulum swinging)
  • Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
  • Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:
  • Menunggang basikal.
  • Permainan yo yo.
  • Permainan buaian.

Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom (nucleus of an atom).

Tenaga nuklear juga dikenali sebagai tenaga atom (atomic energy).

Contoh-contoh tindak-balas (reactions) yang menghasilkan tenaga nuklear:
  1. Pembelahan nuklear (nuclear fission)
    Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.

  2. Pelakuran nuklear (nuclear fusion)
    Satu proses di mana unsur-unsur (element) yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:
  • Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam (submarines).
  • Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear (nuclear power stations).
  • Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom (atomic bomb).

Tuesday, July 10, 2012

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik (flow of electric charges).

Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:
  • Dinamo (dynamo).
  • Bateri/sel kering.
  • Sel solar.
  • Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:
  • Untuk menyalakan lampu.
  • Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus.
  • Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses elektrolisis air.
  • Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.


Tenaga Kimia

Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.

Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat and light).

Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:
  • Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.
  • Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
  • Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
  • Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Monday, July 2, 2012

Tenaga Bunyi

Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar (vibrating object).

Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang (recurring movement).

Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya juga turut bergetar.

Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi (sound waves).

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam vakum (vacuum).

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:
  • Wisel (whistle) yang ditiup.
  • Dram/gendang (drum) yang dipukul.
  • Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
  • Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
  • Loceng (bell) yang dibunyikan.
  • Siren kereta polis.